awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo PKR: DAP akan beri penerangan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2018
04:16 MYT
Logo PKR: DAP akan beri penerangan
Nga berkata, penggunaan satu logo itu sangat baik dalam usaha mewujudkan sistem dua parti pada pilihan raya. - Gambar fail
DAP Perak akan mengadakan siri penerangan mengenai penggunaan logo PKR oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di beberapa kawasan di negeri ini.
Pengerusinya Nga Kor Ming berkata, simbol roket dalam logo DAP sudah sebati dalam pemikiran rakyat sejak 52 tahun lalu pada setiap kali pilihan raya.
Menurutnya, DAP terpaksa berkorban dengan menggunakan logo PKR pada PRU14 ini bagi memastikan Harapan menang.
“Bukan mudah untuk kita menerima keadaan ini. Tetapi setiap perjuangan perlu ada pengorbanan dan ini pengorbanan kita.
“Ini merupakan satu kejayaan buat rakyat kerana keputusan ini dibuat untuk rakyat.
“Kita harap rakyat dapat membuat pilihan yang lebih tepat pada PRU14 ini,” katanya pada Ahad, mengulas penggunaan logo PKR bagi semua parti yang bertanding di bawah Harapan.
Nga berkata, penggunaan satu logo itu sangat baik dalam usaha mewujudkan sistem dua parti pada pilihan raya.
Pada PRU13 lalu, DAP menang 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Perak menggunakan logo sendiri manakala PKR hanya menang lima daripada 19 kerusi yang ditandingi.
Topic Berkaitan
#DAP
#Ipoh
#logo
#MalaysiaMemilih
#Nga Kor Ming
#PKR
#sistem dua parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan