awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu selamatkan UMNO atau mahu parti selamatkan diri sendiri? - Calon MT

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2018
01:00 MYT
Mahu selamatkan UMNO atau mahu parti selamatkan diri sendiri? - Calon MT
TENGKU PUTRA HARON: Pengumuman penting ini bukannya bererti UMNO terpecah kepada Team A dan Team B sebaliknya ia merupakan proses pemulihan dengan menyuburkan demokrasi dalam parti. - Gambar fail
Semua calon pemilihan UMNO kali ini perlu bertanya diri sendiri apakah keputusan bertanding kerana mahu menyelamatkan parti atau sebaliknya mahu parti menyelamatkan mereka.
Calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat berkata, ia satu penilaian mana calon yang ikhlas jiwanya untuk memartabatkan maruah lantas mengembalikan UMNO semula sebagai parti yang terkuat di negara ini.
"Saya menyokong penuh keputusan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk bertanding Presiden UMNO.
"Pengumuman penting ini bukannya bererti UMNO terpecah kepada Team A dan Team B sebaliknya ia merupakan proses pemulihan dengan menyuburkan demokrasi dalam parti.
"Yang terbaik adalah apa yang disarankan oleh Tengku Razaleigh iaitu beliau dan kawan-kawannya bertanding tanpa berpasukan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: Perebutan jawatan Presiden UMNO adalah pertandingan adik-beradik - Johari
BACA: UMNO masih relevan? Hanya Ku Li layak tentukan - Penganalisis politik
Pada Sabtu, Tengku Razaleigh sah menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Presiden UMNO penggal 2018/19.
Dalam satu sidang media di kediamannya, Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dikenali sebagai Ku Li berkata, beliau membuat keputusan itu demi memastikan UMNO terus relevan sebagai pertubuhan politik nasional yang menjunjung perpaduan kaum dan keharmonian ras sebagai gelegar dan teras negara.
Dalam pada itu, Tengku Putra Haron mencadangkan kepada para perwakilan untuk mencatatkan 'pasukan' mereka sendiri setelah menghalusi setiap satu calon supaya dapat memilih yang terbaik di antara mereka.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pemilihan UMNO hujung bulan ini, khususnya perebutan jawatan Presiden adalah pertandingan antara adik-beradik dan tidak akan ada perpecahan dalam parti itu.
Tegasnya, pemilihan kali ini tidak boleh mewujudkan kem Tengku Razaleigh atau kem Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merebut jawatan tertinggi parti keramat Melayu itu.
BACA: Ku Li ibarat bomoh luar pulihkan UMNO
BACA: Tempoh hukuman untuk BN, 'wake up call' untuk Raja-Raja Melayu
Tengku Putra Haron sebelum ini berkata, Barisan Nasional (BN) telah dihukum apabila ia hilang kedudukan sebagai Kerajaan Persekutuan, buat pertama kali sejak penubuhannya.
Katanya lagi, sementara UMNO dalam tempoh pembetulan pasaran politik, ia juga perlu dilihat sebagai amaran kepada Institusi Raja-raja Melayu di mana mereka juga dinilai dan dikritik secara terbuka oleh rakyat sebagaimana parti-parti politik.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#JOHARI ABDUL GHANI
#Pemilihan UMNO
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan