awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tidak meminta pelanjutan gencatan senjata Iran, rundingan disifatkan 'produktif'
Ketua Tentera Pakistan lawat Tehran dalam usaha hidupkan semula rundingan AS–Iran
AS akan mulakan proses bayaran balik tarif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia anjur persidangan ASEAN mengenai wanita dalam politik

Bernama
Bernama
24/09/2015
02:46 MYT
Malaysia anjur persidangan ASEAN mengenai wanita dalam politik
WIPKL 2015 anjuran Wanita Barisan Nasional itu bakal dihadiri wakil dari negara ASEAN, negara pemerhati, pihak kedutaan di Malaysia dan badan politik serta korporat.
Buat julung kalinya, Malaysia akan menganjurkan Persidangan ASEAN mengenai Wanita Dalam Politik (WIPKL) 2015 pada 17 Okt ini di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata WIPKL 2015 bertemakan 'Menggalakkan Representasi Menerusi Kesalinghubungan dan Inovasi' itu akan membincangkan isu kepimpinan wanita di negara ASEAN.
"WIPKL 2015 antara lain akan turut membincangkan tentang rangkaian digital dan inovasi yang menjadi platform utama meningkatkan penyertaan wanita terutama dalam bidang politik," katanya dalam kenyataan, di sini.
WIPKL 2015 anjuran Wanita Barisan Nasional itu bakal dihadiri wakil dari negara ASEAN, negara pemerhati, pihak kedutaan di Malaysia dan badan politik serta korporat.
Shahrizat berkata persidangan itu akan diakhiri dengan penyerahan Cadangan Bersama yang telah dibincangkan kepada ketua negara ASEAN bagi proses penggubalan dasar berkaitan isu representasi wanita dalam bidang politik.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#politik
#Shahrizat Abdul Jalil
#wanita
#WIPKL 2015
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan