awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB, Ketua Menteri enam negeri perlu bincang tarikh PRN - Aminuddin

Bernama
Bernama
17/01/2023
12:28 MYT
MB, Ketua Menteri enam negeri perlu bincang tarikh PRN - Aminuddin
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini perlu berbincang bagi menentukan tarikh bersesuaian bagi membubarkan DUN masing-masing, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini perlu berbincang bagi menentukan tarikh bersesuaian bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan berbincang untuk bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Kelantan dan Terengganu mengenai perkara itu.
"Itu yang sedang kita bincangkan, saya dan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang berbincang untuk berjumpa rakan sejawat kami di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk kami putuskan tarikh (PRN).
"....(kemudian) dimaklumkan serta dibincangkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kesesuaian tarikh pilihan raya agar tidak berlaku pertindihan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Sembilan Sesi 2023-2024 di sini hari ini.
Pengerusi PH Negeri Sembilan itu turut sependapat dengan Chow, Jun ini adalah waktu yang paling sesuai untuk mengadakan PRN.
"Kalau Mei bubar, Jun pilihan raya, sama sahaja (pendapat) saya dengan beliau, lebih kurang waktu itu pilihan raya dapat diadakan. Ia juga beri peluang untuk parti-parti lain berkempen dan bersedia, itu yang sepatutnya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Aminuddin menjangkakan DUN negeri ini akan dibubarkan pada Mei bagi memberi laluan kepada PRN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN enam negeri
#pilihan raya negeri
#tarikh bubar DUN
#Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan