awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengundi pertahankan Islam fardu ain - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
25/06/2023
01:30 MYT
Mengundi pertahankan Islam fardu ain - Abdul Hadi
Abdul Hadi berucap pada ceramah Pakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan mengundi mempertahankan Islam merupakan fardu ain.
Beliau berkata, perkara itu wajib bagi semua pengundi lelaki dan wanita termasuk golongan muda.
"Jangan pula kita tidak keluar mengundi," katanya semasa berucap pada ceramah di Pakat Pertahan Kelantan Pas Pilihanku dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Sabtu.
Lebih 2,000 penyokong Pas hadir mendengar amanah yang disampaikan oleh pemimpin nombor satu parti itu.
Hadir sama ialah Setiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan kepimpinan kerajaan Kelantan.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, mengundi adalah tanggungjawab sangat besar dan bukan boleh dibuat main.
Ujarnya, seluruh rakyat disaran untuk memberikan sokongan kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.
"Sokongan itu penting memandangkan UMNO sudah tidak mampu ketika ini.
"Semoga segala usaha ini (keluar mengundi) akan diberkati oleh ALLAH," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mengundi
#Abdul Hadi Awang
#fardu ain
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan