awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Besar Selangor angkat sumpah selewatnya Isnin depan?

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2023
00:10 MYT
Menteri Besar Selangor angkat sumpah selewatnya Isnin depan?
Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di Selangor. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor dijangka mengangkat sumpah selewat-lewatnya pada Isnin depan.
Memetik laporan MalaysiaGazette, masa yang panjang untuk mengangkat sumpah diperlukan bagi memberi ruang kepada Istana Selangor membuat persiapan sewajarnya selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pulang ke tanah air semalam selepas menjalani prosedur perubatan di luar negara.
Laporan itu memetik sumber parti berkata bahawa setakat ini calon Menteri Besar yang mendapat restu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Seri Amirudin Shari.
“Semalam (Isnin) sudah ada satu perjumpaan. Semua positif setakat ini. Istana hendak tiga nama, parti telah hantar tiga nama dengan memberi keutamaan penuh kepada Datuk Seri Amirudin Shari. Ini juga berikutan kecemerlangan rekod prestasi beliau mentadbir Selangor.
“Ahli Dewan Undangan (ADUN) penggal pertama kemungkinan besar tidak akan diberi perhatian kali ini,” katanya.
Difahamkan dua lagi nama yang diserahkan kepada istana ialah Borhan Aman Shah (Tg Sepat) dan Fahmi Ngah (Seri Setia).
Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di Selangor.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lalu, gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Selangor
#Amirudin Shari
#angkat sumpah
#Istana Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan