awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej tular etika berpakaian ketika mengundi palsu

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
30/04/2018
14:05 MYT
Mesej tular etika berpakaian ketika mengundi palsu
Dakwaan itu adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata mesej berhubung etika berpakaian seperti ke pejabat ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah palsu.
Dalam satu kenyataan, Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan itu adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Jelasnya, akta tersebut menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.
"SPR menasihati orang ramai agar berhati-hati dan menapis maklumat yang tidak sahih berkaitan pilihan raya yang tersebar melalui media sosial, katanya.
Orang ramai diminta merujuk terus kepada SPR bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat dengan menghubungi talian 03-88927018.
Topic Berkaitan
#etika pakaian
#media sosial
#Mohd Hashim Abdullah
#Pilihan Raya Umum ke-14
#politik
#PRU14
#Suruhanja Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan