awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat exco Kedah esok ditangguhkan

Bernama
Bernama
02/02/2016
15:12 MYT
Mesyuarat exco Kedah esok ditangguhkan
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya diadakan esok telah ditangguhkan. -Gambar fail
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya diadakan esok telah ditangguhkan.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.
"Ditangguh," katanya ketika dihubungi menerusi WhatsApp malam ini.
Rabu lepas, mesyuarat Exco kerajaan negeri hanya dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan tiga Exco iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.
Ketidakhadiran enam lagi Exco dipercayai ada kaitan dengan krisis politik di negeri ini yang membabitkan kedudukan Mukhriz.
Difahamkan, mesyuarat Exco memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya empat orang Exco bagi mengesahkan perkara yang dibincangkan.
Baru-baru ini, para pemimpin UMNO Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.
Topic Berkaitan
#Fisol Jaafar
#Kerajaan negeri Kedah
#Mesyuarat Exco ditangguhkan
#Mukhriz Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan