awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC gesa komuniti India sertai Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bernama
Bernama
25/08/2025
13:00 MYT
MIC gesa komuniti India sertai Skim Jaminan Kredit Perumahan
Vigneswaran berkata skim berkenaan penting khususnya bagi masyarakat India yang berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan akibat pendapatan tidak tetap. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: MIC menggesa komuniti India mengambil peluang dan segera menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang diumum kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama.
Presidennya Tan Sri SA Vigneswaran berkata skim berkenaan penting khususnya bagi masyarakat India yang berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan akibat pendapatan tidak tetap.
"Skim SJKP menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000 yang merangkumi kos pembelian termasuk yuran guaman, penilaian dan insurans gadai janji, dengan kelayakan fleksibel untuk pembeli rumah pertama, termasuk mereka yang bekerja sendiri dan pekerja ekonomi gig," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MIC akan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dan ketua cawangan parti untuk membantu ahli komuniti memohon serta memastikan manfaat skim kerajaan itu sampai kepada mereka yang layak.
"Dengan kerjasama mempromosikan kesedaran dan memudahkan akses ke skim SJKP, kita boleh membantu lebih banyak keluarga India merealisasikan impian memiliki rumah.
"MIC komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan manfaat ini sampai ke peringkat akar umbi dengan berkesan," kata Vigneswaran.
SJKP ditubuhkan pada 2007 oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad, sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, bagi membantu golongan sukar mendapatkan pinjaman rumah.
Melalui Belanjawan 2023, skim itu diperkasa dengan peruntukan RM5 bilion dan had pembiayaan lebih tinggi sehingga RM500,000.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara hari ini berkata masyarakat India menerima bantuan melalui pelbagai saluran, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM972 juta dan jaminan perumahan RM2.5 bilion.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Belanjawan 2023
#RMK13
#masyarakat India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan