awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Hasan bayang tanding kerusi Parlimen pada PRU ke-15

Bernama
Bernama
03/04/2019
21:30 MYT
Mohamad Hasan bayang tanding kerusi Parlimen pada PRU ke-15
Mohamad ketika hadir di Kampung Sendayan untuk berkempen sempena PRK DUN N27 Rantau malam tadi. --fotoBERNAMA
Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya ke-15.
"Rasa-rasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 saya tidak akan bertanding di Rantau kerana akan bertanding di kerusi Parlimen.
"Tapi boleh jadi juga saya akan tetap bertanding di Rantau dan juga kerusi Parlimen," katanya dalam program ceramah di Kampung Sendayan di sini malam tadi.
Beliau turut berkata akan membentangkan cadangan supaya BN dan Pas menyusun strategi supaya kedua-dua parti itu tidak meletakkan calon di kerusi yang sama agar kedua-dua parti itu memperolehi majoriti di Parlimen.
Katanya, berdasarkan keputusan pada PRU ke-14, terdapat 30 kerusi Parlimen yang BN atau Pas boleh menang jika tiada pertembungan antara kedua-dua parti itu.
PRK DUN Rantau pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, Mohamad dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Mohamad Hasan
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Rantau
#PRU
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan