awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
Pelaksanaan VM2026 dilanjutkan hingga penghujung 2027 - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu

Alexion Mairin
Alexion Mairin
28/06/2022
02:50 MYT
Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu
Mohamaddin Ketapi (depan, dua dari kiri) mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). -Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, hari ini, mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama menyatakan beliau kini bergelar wakil rakyat bebas dan setakat ini tidak menyertai mana-mana parti politik.
"Hari ini saya ingin mengumumkan keluar daripada Bersatu yang saya anggotai sejak November 2021.
"Keputusan keluar daripada Parti Bersatu ini dibuat kerana saya tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini.
"Saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun selepas lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan.
"Malahan saya dan penyokong-penyokong yang telah memberi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang lalu dan Parlimen Lahad Datu sudah diketepikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media khas, di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohammadin pada Oktober tahun lalu mengumumkan keluar Parti Warisan sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada bulan November tahun sama.
Politik | Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu
Topic Berkaitan
#Mohamaddin Ketapi
#Bersatu
#ADUN Segama
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan