awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Redzuan sedia digugurkan jika berlaku rombakan Kabinet

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2019
09:37 MYT
Mohd Redzuan sedia digugurkan jika berlaku rombakan Kabinet
MOHD REDZUAN: Itu keputusan Perdana Menteri.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bersedia digugurkan sekiranya berlaku rombakan Kabinet.
Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan perkara tersebut.
“Itu keputusan Perdana Menteri. Kalau (keputusan) digugurkan itu kehendak Perdana Menteri apa kita nak kata. Tak perlu pertikaikan kalau Perdana Menteri dah membuat rombakan mengambil orang masuk (atau) keluar. Itu terpulang.. itu kuasa mutlak Perdana Menteri,” ujar Mohd Redzuan.
Beliau berkata demikian selepas program Himpunan Usahawan Terengganu di TD1303, Kuala Terengganu pada Ahad.
Menurut Mohd Redzuan, dia telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin sejak 2 Julai 2018 bagi memimpin kementerian yang baru diwujudkan semula itu.
Sekurang-kurangnya enam menteri disebut-sebut akan terbabit dalam rombakan Kabinet yang dikatakan akan dibuat dalam masa terdekat.
Selain Mohd Redzuan, mereka yang berada dalam senarai bayangan sesetengah pemerhati politik itu termasuk Menteri Pendidikan Mazslee Malik, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran serta dua menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan P Waytha Moorthy.
Topic Berkaitan
#himpunan usahawan terengganu
#Mahathir Mohamad
#Menteri Pembangunan Usahawan
#Mohd Redzuan Yusof
#Perdana Menteri
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan