awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M.Saravanan sahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC

Bernama
Bernama
26/09/2015
16:09 MYT
M.Saravanan sahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC
Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin perwakilan parti dapat membuat keputusan bijak demi masa depan parti, masyarakat India dan negara. - Gambar Fail
Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan semula parti yang dijadualkan pada 24 dan 25 Oktober
Beliau akan bertemu Presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam bagi menyatakan keputusan itu, yang diambilnya setelah mendapat sokongan daripada akar umbi.
"Saya akan jumpa beliau (Dr Subramaniam) berhubung hasrat saya untuk bertanding setelah semua pemilihan peringkat bahagian selesai (pada akhir minggu ini). Keputusan (bertanding) terletak kepada persetujuan beliau," kata Saravanan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan kepada pemberita selepas jamuan malam bersama Ketua-Ketua Cawangan MIC Wilayah Persekutuan di sini.
Pada majlis itu, MIC Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 11 bahagian - Cheras, Batu, Bukit Bintang, Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Lembah Pantai, Segambut, Titiwangsa, Kepong, Seputeh dan Putrajaya - mengumumkan sokongan kepada Saravanan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Semasa menyambut baik sokongan itu, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin perwakilan parti dapat membuat keputusan bijak demi masa depan parti, masyarakat India dan negara.
Topic Berkaitan
#M.Saravanan
#MIC
#S.Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan