awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar: PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam - Abdul Hadi

Muhafandi Muhamad, Hafiz Marzukhi
Muhafandi Muhamad, Hafiz Marzukhi
02/06/2016
06:20 MYT
Muktamar: PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam - Abdul Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Pengkalan Chepa, hari ini. - Foto Bernama
PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan umatnya.
Ia juga tidak terhad kepada kerjasama dengan UMNO sahaja.
"Selagi kerjasama tersebut membawa manfaat untuk Islam, PAS sedia bekerjasama.
"Bukan hanya dengan UMNO, malah semua yang ingin membawa kebaikan untuk umat Islam," jelas Presiden PAS Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.
Oleh itu, beliau menegaskan wujud keperluan buat parti itu untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia.
"Kini, situasi politik negara membayangkan sama ada hitam atau putih.
"Kerajaan akan terus mempertahankan semua tindakannya dan pembangkang pula akan terus menerus membangkang semuanya, walaupun kadangkala tindakan yang diambil kerajaan adalah baik," kata Abdul Hadi.
Maka, Abdul Hadi berkata sudah tiba masanya budaya politik lama ini diabaikan dan diganti dengan yang baharu.
"PAS ingin mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera demi kebaikan rakyat," katanya lagi.
Muktamar Tahunan PAS ke-62 berlangsung selama tiga hari bermula malam tadi.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Muktamar Pas
#Pengkalan Chepa
#Presiden Pas
#Pusat Tarbiah Islam Kelantan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan