awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Aziz akur keputusan tolak Khalid Ibrahim

Bernama
Bernama
18/08/2014
06:53 MYT
Nik Aziz akur keputusan tolak Khalid Ibrahim
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan semua keputusan yang dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Nik Abdul Aziz berkata langkah menyokong keputusan itu dibuat selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali, di sini.
"Saya telah dengar penjelasan daripada presiden PAS dan setiausaha agung, dan saya beri sokongan penuh terhadap pendirian yang dibuat Jawatankuasa PAS Pusat.
"Alhamdulillah, kami mengekalkan keputusan bersama dalam Pakatan (Rakyat) atau pakatan pembangkang dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," ujar beliau pada sidang media di pejabatnya di 'Institut Pemikiran Tok Guru' di Kota Darul Naim, di sini.
Abdul Hadi dan Mustafa juga dilihat hadir pada sidang media tersebut.
Terdahulu, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Abdul Aziz telah bersetuju memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.
Semalam, jawatankuasa kerja pusat PAS juga telah mencadangkan dua nama, iaitu presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali untuk menggantikan Abdul Khalid.
Apabila ditanya kenapa beliau menyokong Wan Azizah sedangkan pendiriannya sebelum ini berbeza, Nik Abdul Aziz menjawab: "Siapa pun yang menjadi MB (menteri besar) bergantung kepada perkenan Sultan".
Abdul Hadi kemudian berkata keputusan terdahulu parti dibuat berdasarkan kepada situasi ketika itu, di mana sokongan terhadap Abdul Khalid adalah kerana beliau masih ahli PKR.
"Pada masa itu, Abdul Khalid masih di dalam PKR, sekarang beliau telah dipecat dan masalah berkaitan ini tidak wujud lagi," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Khalid Ibrahim
#Nik Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan