awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Onn Hafiz tawar bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
15/02/2023
04:10 MYT
Onn Hafiz tawar bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam
Onn Hafiz menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam bagi pemilihan penggal ini. -Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak akan menawarkan diri untuk jawatan di peringkat pusat pada pemilihan UMNO nanti.
Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam bagi pemilihan penggal ini.
Katanya, keputusan itu diambil bagi memberi fokus kepada pentadbiran dan pembangunan di kawasan terbabit dan seluruh negeri Johor.
"Kita sedia maklum bahawa sekarang ini adalah musim pemilihan parti UMNO. Saya telah berdoa meminta petunjuk, ilham dan hidayah daripada Allah SWT.
"Saya juga telah berusaha mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk ahli keluarga, sahabat-sahabat, pemimpin-pemimpin, jentera akar umbi terutamanya di Bahagian Simpang Renggam tentang jawatan yang sesuai untuk saya menawarkan diri dalam pemilihan pada penggal ini.
"Saya telah membuat keputusan untuk terus memberi fokus khidmat bakti kepada negeri Johor dan insya-Allah akan terus berusaha untuk mengukuhkan pentadbiran dan pembangunan negeri Johor," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.
Onn Hafiz berharap semoga keputusan ini diredai dan dirahmati Allah SWT.
"Saya merayu dan memohon sokongan dari perwakilan UMNO Simpang Renggam," katanya.
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#ADUN Machap
#Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan