awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paling sengit dalam sejarah negara, ini fakta menarik PRU15

Faida Rahim
Faida Rahim
06/11/2022
12:08 MYT
Paling sengit dalam sejarah negara, ini fakta menarik PRU15
Sembilan daripada 222 kerusi Parlimen akan menyaksikan persaingan sengit. Selebihnya melibatkan pertemuan pelbagai penjuru sehingga ada 10 calon bertanding untuk satu kawasan. Jom semak info pertembungan berapa penjuru di kawasan anda. - Gambar fail
MENJELANG Pilihan Raya Umum 15 (PRU15), memilih barisan baharu penggubal undang-undang di Parlimen, ‘corak’ untuk edisi ke-15 ini memperlihatkan yang paling sengit dalam sejarah.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRU15 merekodkan seramai 21,173,638 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRU-15 meliputi 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 anggota tentera serta pasangan, 118,794 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Angka ini termasuk 1.4 juta pengundi berumur 18-20 tahun yang bakal turun mengundi buat kali pertama.
Pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa sejak 15 Disember 2021.
Sebanyak 39 parti layak bertanding dalam PRU15 kali sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding PRU14 pada 2018.
Seramai 1,386 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas proses penamaan calon selesai berlangsung di seluruh negara semalam.
Sementara itu, PRU15 turut menyaksikan enam parti gabungan bertanding bagi meraih sokongan pengundi.
Antaranya adalah Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sarawak (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA).
LIHAT CALON-CALON DAN KEPUTUSAN PRU14 DI SINI
Selain 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, pilihan raya bagi 116 kerusi DUN di Perlis, Pahang dan Perak turut diadakan serentak selepas ketiga-tiga negeri itu membubarkan DUN masing-masing susulan Pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober lalu.
LAPOR LANGSUNG PRU15
Sejumlah 10 negeri tidak akan mengadakan pilihan raya memilih ADUN pada PRU15 nanti.
[INFOGRAFIK] Apa Yang Perlu Anda Tahu | Pengundi Muda PRU15
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan enam borang pencalonan ditolak membabitkan empat kawasan Parlimen serta dua DUN dan tiada calon yang menang tanpa bertanding.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh
Hanya sembilan daripada 222 kerusi Parlimen akan menyaksikan persaingan sengit. Selebihnya melibatkan pertemuan pelbagai penjuru sehingga ada 10 calon bertanding untuk satu kawasan. Jom semak info pertembungan berapa penjuru di kawasan anda.
[INFOGRAFIK] Senarai Ahli BN tidak dicalonkan
Pertembungan dua penjuru:
Sarawak Kawasan Parlimen: - Limbang - Kota Samarahan - Mukah - Batang Sadong - Hulu Rajang - Tanjong Manis - Igan - Sarikei
Pertembungan tiga penjuru
Perlis Kawasan parlimen: Arau
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili BN, manakala Abas Awang dan Asmawi Harun masing-masing mewakili PH serta PN.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili BN, manakala Abas Awang dan Asmawi Harun masing-masing mewakili PH serta PN.
Pahang Kawasan Parlimen: - Bera - Cameron Highlands - Jerantut
Kedah Kawasan parlimen: Sik
Wilayah Persekutuan Kawasan parlimen: - Segambut - Bandar Tun Razak - Bukit Bintang - Cheras
Pulau Pinang Kawasan Parlimen: - Bukit Gelugor - Bukit Mertajam - Tanjong
Negeri Sembilan Kawasan Parlimen: - Rasah
Sarawak Kawasan Parlimen: - Saratok - Selangau - Stampin - Bintulu - Betong - Kapit - Miri - Bandar Kuching - Baram - Petrajaya - Santubong - Mas Gading - Batang Lupar - Lawas - Puncak Borneo - Sibuti - Sibu
Johor Kawasan Parlimen: - Tebrau - Labis - Kulai - Muar - Pengerang - Ayer Hitam - Iskandar Puteri - Pulai - Tanjung Piai - Parit Sulong - Kota Tinggi - Pagoh - Sembrong
Sabah Kawasan Parlimen: - Kota Belud - Silam - Sipitang
Perak Kawasan Parlimen: - Lenggong - Ipoh Timor - Padang Rengas - Batu Gajah - Beruas -Gerik
Selangor Kawasan Parlimen: - Damansara - Subang
Pertembungan empat penjuru
Johor Kawasan Parlimen: - Pontian - Pasir Gudang - Segamat - Tenggara - Bakri - Johor Bahru - Sri Gading - Kluang - Simpang Renggam
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa
Kuala Lumpur Kawasan Parlimen: - Lembah Pantai - Titiwangsa
Kelantan Kawasan Parlimen - Kubang Kerian - Kuala Krai - Machang - Gua Musang - Jeli - Pasir Puteh - Ketereh - Pasir Mas
Selangor Kawasan Parlimen: - Sabak Bernam - Sungai Besar - Kuala Selangor - Puchong - Shah Alam
Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun
Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun
Perak Kawasan Parlimen: - Teluk Intan - Ipoh Barat - Gopeng - Kampar - Parit - Bagan Datuk - Bagan Serai - Parit Buntar - Tambun - Larut - Bukit Gantang - Kuala Kangsar - Pasir Salak
Kedah - Kulim- Bandar Baharu - Kubang Pasu - Padang Terap - Baling - Jerai - Pokok Sena - Jerlun - Pendang
Melaka Kawasan Parlimen: - Masjid Tanah - Kota Melaka - Alor Gajah - Hang Tuah Jaya - Jasin
Sabah Kawasan Parlimen: - Semporna - Keningau - Penampang - Putatan
Kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru di mana penyandangnya, Nurul Izzah Anwar (PH) akan berdepan dengan pesaing, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN) dan Mohamad Nasir Othman (Pejuang).
Kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru di mana penyandangnya, Nurul Izzah Anwar (PH) akan berdepan dengan pesaing, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN) dan Mohamad Nasir Othman (Pejuang).
Penang Kawasan Parlimen: - Permatang Pauh - Bagan - Kepala Batas -Nibong Tebal
Terengganu Kawasan Parlimen: - Kuala Terengganu - Kuala Nerus - Marang - Besut - Hulu Terengganu - Kemaman - Setiu
Pahang Kawasan Parlimen: - Maran - Kuala Lipis - Paya Besar - Temerloh - Indera Mahkota - Kuala Krau - Rompin - Kuantan - Raub
Sarawak Kawasan Parlimen: - Sri Aman - Serian - Julau - Lanang - Lubok Antu
Negeri Sembilan Kawasan Parlimen: - Jelebu - Jempol - Tampin
Pertembungan lima penjuru
Sabah Kawasan Parlimen: -Kota Kinabalu -Kimanis -Kudat -Sepanggar -Batu Sapi -Beluran -Tenom -Ranau -Kalabakan -Pensiangan
Terengganu Kawasan Parlimen: Dungun
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding di Parlimen Pandan
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding di Parlimen Pandan
Selangor Kawasan Parlimen: -Tanjong Karang -Gombak -Pandan -Selayang
Perlis Kawasan Parlimen: - Kangar - Padang Besar
Negeri Sembilan Kawasan Parlimen: - Seremban - Kuala Pilah - Port Dickson - Rembau
Pulau Pinang Kawasan Parlimen; - Batu Kawan - Bukit Bendera - Tasek Gelugor
Sarawak Kawasan Parlimen; - Kanowit
Kelantan Kawasan Parlimen - Tumpat - Tanah Merah - Bachok - Pengkalan Chepa - Rantau Panjang.
Perak Kawasan Parlimen; Lumut
Wilayah Persekutuan Kawasan Parlimen - Kepong - Seputeh
Kedah Kawasan Parlimen: - Sg Petani - Kuala Kedah - Langkawi - Merbok
Melaka Kawasan Parlimen: Tangga Batu
Johor Kawasan Parlimen - Batu Pahat - Mersing - Sekijang
Pahang Kawasan Parlimen; - Bentong - Pekan
Pertembungan enam penjuru
Perak Kawasan Parlimen: - Taiping - Tanjong Malim - Tapah
Pertembungan tujuh penjuru
Selangor Kawasan parlimen; - Kapar - Klang - Sungai Buloh
Kedah Kawasan Parlimen: Alor Setar
Perak Kawasan Parlimen: Sungai Siput
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tampil untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tampil untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja
Pertembungan lapan penjuru
Selangor Kawasan Parlimen: - Bangi - Kota Raja - Sepang
Pertembungan sembilan penjuru
Selangor Kawasan Parlimen: Ampang
Naib Presiden PKR, Tian Chua kembali bertanding selaku calon BEBAS.
Naib Presiden PKR, Tian Chua kembali bertanding selaku calon BEBAS.
Calon bebas, Nur Fathiah Syazwana Shaharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Cleopatra turut mendapat perhatian ramai
Calon bebas, Nur Fathiah Syazwana Shaharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Cleopatra turut mendapat perhatian ramai
Pertembungan 10 penjuru
Wilayah Persekutuan Kawasan Parlimen; Batu (Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur paling mencuri tumpuan dengan pertembungan 10 penjuru, tertinggi di seluruh negara, antara penyandang, bekas penyandang, bekas Timbalan Menteri Luar serta enam pencabar yang lain merangkumi antaranya peguam dan pempengaruh media sosial.)
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Perikatan Nasional
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan