awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas belum nampak matlamat jelas Pasma - Hadi

Bernama
Bernama
26/10/2014
12:55 MYT
Pas belum nampak matlamat jelas Pasma - Hadi
HADI: Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu Pasma ini dari spesies mana.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu Pasma ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.
Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.
Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli Pas supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.
Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU Pas dengan Pasma yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli Pas menghadiri program Pasma.
Semalam, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#kabur
#Majlis Syura Ulama
#matlamat
#NGO
#PasMa
#Presiden Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan