awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas kembali ke era "Angkatan Perpaduan Ummah" - Penganalisis

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
23/09/2015
10:09 MYT
Pas kembali ke era "Angkatan Perpaduan Ummah" - Penganalisis
PAS dilihat sedang bergelut untuk meraih kembali sokongan akar umbi dan pada masa sama masih bergantung kepada kekuatan PKR dengan menidakkan DAP dan Amanah. - Gambar Fail
PAS akan berdepan situasi ketika wujudnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang aktif sekitar tahun 1990-1996 dahulu, kata Prof Madya Dr Fuad Othman.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berpandangan, apa yang sedang berlaku dalam blok pembangkang ketika ini disifatkan sebagai satu pakatan strategi.
"Saya kira kedudukan PAS ini dalam gabungan pembangkang, ia akan jadi suatu model yang pernah dibuat dulu, Angkatan Perpaduan Ummah dimana ia disebahagian tempat, akan berpakat dengan pakatan rakyat sebahagian tempat lagi ia tidak akan akan berpakat dengan pembangkang," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau memberi contoh di negeri Pantai Timur misalnya, PAS merasakan sokongan mereka kuat disitu dan akan bergerak sendiri.
Bagaimanapun di sesetengah tempat, PAS akan melakukan penggabungan strategik dengan parti-parti politik lain bagi menutup kelemahan parti.
Fuad berkata, ia secara jelas menunjukkan PAS sedang bergelut untuk meraih kembali sokongan akar umbi dan pada masa sama masih bergantung kepada kekuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menidakkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Ini menunjukkan PAS tidak boleh menarik habis kedudukan mereka dalam pembangkang meskipun pada masa sama mereka tidak sehaluan dengan Amanah dan DAP yang berada dalam Pakatan Harapan.
"Apa yang PAS perlu lakukan adalah lihat kembali dan perkukuh kembali sokongan akar umbi. Sebab itu mereka hendak laksanakan Himpunan Hijau 60,000," ujarnya lagi.
Melihat kepada kebergantungan PAS terhadap PKR, Fuad mempersoalkan signifikan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu kepada parti itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Selasa menafikan keputusan untuk meneruskan kerjasama politik dengan PKR bertujuan meraih sokongan pengundi bukan Islam.
Beliau sebaliknya menekankan PAS tidak memerlukan PKR bagi tujuan itu, kerana mempunyai DHPP yang diterajui golongan bukan Islam.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Angkatan Perpaduan Ummah
#DAP
#Fuad Othman
#Pakatan Harapan
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan