awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas pertahan Tun Mahathir kekal PM sehingga sepenggal

Salim Aziz
Salim Aziz
27/10/2019
12:31 MYT
Pas pertahan Tun Mahathir kekal PM sehingga sepenggal
Nasruddin Hassan Tantawi berkata, fatwa terbabit masih kekal relevan, biarpun dengan kesediaan Pas menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir. - Foto Astro AWANI
Pas teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal sebagai Perdana Menteri, sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, walaupun mengeluarkan fatwa mewajibkan ahli parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, fatwa terbabit masih kekal relevan, biarpun dengan kesediaan Pas menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.
Katanya, fatwa itu dikhususkan pada PRU dan jika Pas sibuk mahu menjatuhkan Dr Mahathir, kesannya amat buruk untuk rakyat dan negara.
“Kalau berlaku pertembungan macam ni, terus nak mengguling Tun (Dr Mahathir), ataupun nak menjatuhkan Tun, kesan dia bukan pada Tun seorang (tetapi) kesan dia akan lihat kepada iklim politik itu secara keseluruhan.
“Sebab itu kita ambil sikap beri sokongan kepada Tun. Tu satu, sebab kedua (ialah) kita tahu ada agenda lain…” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Enam MP Umno, 16 MP PAS sokong Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal
Kata Nasruddin lagi, tindakan sebahagian pemimpin PH yang sentiasa membicarakan proses peralihan kuasa Perdana Menteri ketika ini, adalah tidak bertanggungjawab.
Beliau bercakap demikian bagi mengulas pendirian Pas terhadap kemelut jawatan Perdana Menteri, ketika ditemui di Kompleks Maahad Tahfiz Imam Nawawi (Matin) di Kangar, pada Petang Ahad.
Pada Khamis, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberi jaminan, bahawa kesemua 18 ahli parlimennya akan memberi sokongan kepada Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Lajnah Dakwah Pas Pusat
#Mahathir Mohamad
#Nasruddin Hassan Tantawi
#Pakatan Harapan
#PAS
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan