awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas rampas Terengganu, kekal di Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2018
17:34 MYT
Pas rampas Terengganu, kekal di Kelantan
Barisan Nasional berjaya memperoleh majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan di Perlis dan Pahang, sementara DAP berjaya mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang. - Foto Astro AWANI
Parti Pas berjaya untuk merampas negeri Terengganu dari kerjaan negeri Barisan Nasional (BN) setelah memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah di Putrajaya.
Beliau turut memaklumkan Pas memperoleh 18 kerusi sementara BN hanya menang lapan kerusi.
Pada PRU13, Pas hanya memperoleh 14 kerusi berbanding BN yang membentuk kerajaan dengan 17 kerusi.
Parti Islam itu turut berjaya mengekalkan penguasaannya di Kelantan selepas memperoleh 28 kerusi berbanding BN yang sebelum yakin menawan negeri itu dengan hanya memperoleh tujuh kerusi.
Sementara itu, dalam sidang media yang berasingan, SPR turut mengumumkan PKR berjaya menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan setelah memperoleh 20 kerusi.
PKR juga berjaya menguasai tiga negeri lain iaitu Selangor, Johor dan Melaka.
Manakala Barisan Nasional berjaya memperoleh majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan di Perlis dan Pahang, sementara DAP berjaya mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#Islam
#MalaysiaMemilih
#Negeri Sembilan
#Pahang
#PAS
#Perlis
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU14
#Putrajaya
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan