awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tawar hati, tidak mahu bersemuka dengan PPBM

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2017
11:49 MYT
Pas tawar hati, tidak mahu bersemuka dengan PPBM
MOHD AMAR: Putus dan tidak ada sebarang perbincangan, dan kami tidak akan sepentas lagi dengannya.
Putus dan tidak ada sebarang perbincangan, dan kami tidak akan sepentas lagi dengannya.
Berikut ketegasan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengumumkan akan menyertai Pakatan Harapan.
Isyarat Mohd Amar tersebut menggambarkan sentimen Pas yang kini tawar hati untuk berbincang dengan PPBM kerana memilih untuk bersama seterunya, DAP dan Parti Amanah Negara.
“Kalau Parti Pribumi sudah buat keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan, maka putus tidak ada apa perbincangan dan tiada apa.
"Kalau itu rasmi, maka pendirian kita putuslah; tak perlu bincanglah dengan PKR, kita akan putuskan dalam muktamar nanti,” kata Mohd Amar selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini, hari ini.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata secara dasarnya parti tersebut bersetuju menyertai Pakatan Harapan.
Justeru, ini akan membawa kepada pembentukan sebuah pakatan baharu dengan nama dan logo baharu serta manifesto bersama.
Mohd Amar menambah PAS kini akan bersama dalam Gagasan Sejahtera yang kini disertai Ikatan Bangsa Malaysia dan dijangka akan disertai beberapa parti lain.
Dr Mahathir hari ini berkata PPBM akan mengamalkan sikap terbuka dengan keputusan PAS itu.
“Kita ada satu pakatan sama ada Pakatan Harapan kita bersetuju menubuhkan satu pakatan, dia tak mau. Tak apa pintu kita terbuka kepada mana-mana parti yang nak masuk boleh masuk,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah perdana Pakatan Harapan di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Exco
#Mahathir Mohamad
#Manifesto
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Pakatan Harapan
#PAS
#PKR
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan