awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tidak tolak kemungkinan sertai Himpunan Melayu Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2015
10:23 MYT
PAS tidak tolak kemungkinan sertai Himpunan Melayu Bersatu
Menurut Hadi, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama tidak akan berganjak daripada prinsip serta dasar parti. - Gambar Fail
PAS tidak menolak kemungkinan akan menyertai Himpunan Melayu Bersatu yang dirancang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 16 September ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya akan menilai dahulu tujuan dan matlamat penganjuran perhimpunan berkenaan.
Menurutnya, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama tidak akan berganjak daripada prinsip serta dasar parti.
"Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan, yang kedua, orang Melayu perlu mengambilkira kaum lain, jangan abaikan kaum lain.
"Ini kerana saya sebut dalam banyak ucapan saya...kaum lain juga adalah mangsa penjajahan," kata Hadi di sini, hari ini.
Menurutnya, PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana menganggap ia tidak wajar kerana diadakan ketika negara di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.
Mengulas mengenai tindakan peserta yang memijak gambarnya pada perhimpunan Bersih 4 baru baru ini, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak matang.
"Saya anggap itu langkah kebudak-budakan. Saya anggap itu langkah budak, serah pada orang tua. Orang tua budak-budak tu. Saya harap kerajaan pun jangan jadi budak-budak."
Topic Berkaitan
#bersih 4
#HADI AWANG
#himpunan melayu bersatu
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan