awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan, apa boleh kita jangka hari ini?

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
22/11/2022
01:20 MYT
Pasca PRU15: Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan, apa boleh kita jangka hari ini?
Setakat jam 9 pagi, tiada pergerakan keluar masuk orang kenamaan dilaporkan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pastinya pilihan raya paling sengit pernah dihadapi negara apabila ia berakhir dengan situasi parlimen tergantung susulan tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.
Memasuki hari ketiga, rakyat Malaysia masih menantikan jawapan jajaran baharu parti manakah yang akan membentuk kerajaan dan siapakah calon Perdana Menteri ke-10?
Hari ini, pintu dua Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan petugas media yang ingin mendapatkan perkembangan pergerakan kenderaan pemimpin parti politik yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum jam 2 petang bagi menghantar nama calon Perdana Menteri baharu.
Persoalannya ketika ini, adakah benar kita akan menyaksikan satu pembaharuan dari segi kerjasama politik melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas berlakunya pertemuan pemimpin di Hotel Seri Pacific, semalam?
Atau mungkin, Perikatan Nasional (PN) yang kelihatan yakin dengan gabungan itu mempunyai jumlah surat akuan berkanun mencukupi iaitu melebihi 112 untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu yang akan mentadbir negara selepas ini?
Setakat jam 9 pagi, tiada pergerakan keluar masuk orang kenamaan dilaporkan.
Namun situasi dijangka berbeza pada tengah hari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal PM ke-10 sehingga jam 2 petang hari ini.
Sehingga kini, masih belum ada petanda jelas gabungan mana bakal membentuk kerajaan persekutuan baharu dan sosok tubuh mana bakal ditabal sebagai perdana menteri baharu.
Semuanya bakal terjawab tidak lama lagi dan saluran berita paling dipercayai, Astro AWANI akan terus membawakan perkembangan itu dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#gabungan parti bentuk kerajaan
#Yang di-Pertuan Agong
#nama calon Perdana Menteri baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan