awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasleak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2022
23:46 MYT
Pasleak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar
Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail
SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen 'Pasleak' bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.
Beliau sebaliknya mengganggap perkara tersebut perlu diambil serius.
"Apakah kandungan 'Pasleak' dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera.
"Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,"katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
'Pasleak' didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO tular di media sosial sebelum ini.
Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Ahmad Zahid ke penjara.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam hantaran sama turut membangkitkan kenyataan Annuar yang disifatkan bercanggah dengan pendirian Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
"Ketika musuh luar parti bermuslihat dan dengan licik cuba memperdaya parti lawan menggunakan pelbagai taktik dan strategi, kita sebagai orang parti dari ahli biasa ke peringkat bahagian parti perlu lebih bijaksana dalam membaca gerak geri lawan.
"Jangan pula tindak tanduk kita umpama musuh parti luar yang sama menari ikut rentak mereka.
"Sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti dapatlah dianggap kebetulan, namun sudah beberapa kali itu lah namanya bukan kebetulan lagi," katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PasLeak
#UMNO
#Zahid Hamidi
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan