awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2023: 'DAP boleh minta maaf dengan GPS, kenapa dengan UMNO tak boleh?'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2023
11:04 MYT
PAU2023: 'DAP boleh minta maaf dengan GPS, kenapa dengan UMNO tak boleh?'
Dr Muhamad Akmal Saleh menyerahkan kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan DAP sama ada mahu memenuhi tuntutan berkenaan atau sebaliknya. - Gambar/ Shahir Omar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO memberi jaminan kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan berjalan seperti biasa walaupun sayap itu lantang menuntut DAP memohon maaf sebelum ini.
Walaubagaimanapun Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyerahkan kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan DAP sama ada mahu memenuhi tuntutan berkenaan atau sebaliknya, termasuk memikirkan segala kebaikan serta keburukan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
"Kalau DAP boleh minta maaf dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak), kenapa dengan UMNO tak boleh. Itu alasan kita.
"Kalau dia (DAP) tidak minta maaf, mungkin ia boleh menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan ahli UMNO di bawah," katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke meminta Pemuda UMNO tidak mengungkit kisah lama sebaliknya fokus kepada usaha memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Dr Muhamad Akmal secara terbuka mengalu-alukan bekas pemimpin yang dipecat seperti Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Khairy Jamaluddin untuk kembali ke pangkuan parti sekiranya mereka masih setia dan sayangkan perjuangan UMNO.
"KJ (Khairy) dan Datuk Tajuddin ada harapan dalam UMNO, ini masa untuk orang yang sayang UMNO duduk bersama dan bersatu padu, bantu (parti). UMNO memerlukan bantuan dan buah fikiran semua pihak, pemilihan (parti) sudah berakhir.
"Fokus kita adalah memperkuatkan UMNO, sesiapa yang betul sayangkan UMNO di luar sana, Pemuda mengalu-alukan mereka datang membantu parti.
"Kalau boleh terima dan dia boleh mengikut institusi parti, tidak salah untuk kita terima semula. Kita tidak boleh menafikan mereka ini mempunya jasa yang perlu dihargai," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAU2023
#Dr Akmal Saleh
#DAP minta maaf
#GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan