awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB aktifkan pasukan kawal selia media sosial

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2020
08:05 MYT
PBB aktifkan pasukan kawal selia media sosial
Media sosial memainkan peranan penting dalam memberi fakta yang tepat dan sahih.
KOTA SAMARAHAN:Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengaktifkan satu pasukan khas bagi mengawal penyebaran berita palsu.
Ia sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan diadakan kurang lapan bulan dari sekarang.
Menurut Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang, kawalan penyebaran berita palsu amat penting dalam memastikan integriti sesuatu laporan sekali gus membentuk persepsi rakyat.
“Penubuhan ini membantu kita (PBB) untuk menyebar maklumat yang tepat, memerangi berita palsu yang selalu dimainkan oleh pihak pembangkang.
“Ini kerana mereka (pembangkang) memang selalu memberi kritikan yang tidak membina serta suka memainkan isu tiada kemajuan di kawasan pedalaman dan sebagainya,” kata Idris.
Idris berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Karnival Sukan Saberkas 2.0 di Dewan Masyarakat Kampung Melayu Kota Samarahan.
Tambahnya, media sosial memainkan peranan penting dalam memberi fakta yang tepat dan sahih.
“Kebiasaannya maklumat seperti ini mudah diakses menerusi aplikasi Whatsapp, Facebook dan sebagainya.
“Namun kini kita sudah ada pelbagai sumber yang boleh dipercayai seperti TV Sarawak, UKAS malah Jabatan Penerangan pun memainkan peranan utama dalam membanteras penyebaran berita palsu ini,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Semak Fakta
#PBB banteras berita palsu
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#penyebaran berita palsu
#memerangi berita palsu
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#Datuk Idris Buang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan