awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peletakan jawatan Nurul Izzah dalam PAC belum dibincang

Bernama
Bernama
24/03/2019
11:14 MYT
Peletakan jawatan Nurul Izzah dalam PAC belum dibincang
PKR memaklumkan, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik sekiranya dibangkitkan.
Mesyuarat biro politik PKR masih belum membincangkan isu peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro sekiranya dibangkitkan.
"Itu adalah keputusan beliau sendiri (meletakkan jawatan) dan ia telah selesai. Saya tidak mahu mengulas lanjut," katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan Nurul Izzah itu selepas merasmikan sambutan 'Global Surveyors' Day' 2019 di sini, hari ini.
BACA: Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC
Media melaporkan Nurul Izzah bertindak demikian kerana bertegas jawatan kepimpinan PAC perlu dipegang oleh wakil pembangkang. Masalah timbul apabila penyandang jawatan itu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang sebelum ini mewakili BN menyertai Bersatu, sebuah komponen Pakatan Harapan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berkata Ronald akan kekal memegang jawatan itu sehingga penggantinya ditemui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Biro Politik PKR
#Dr Xavier Jayakumar
#Global Surveyors' Day
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Nurul Izzah Anwar
#Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan