awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah

Bernama
Bernama
22/02/2025
10:15 MYT
Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh. - Gambar fail/FB PKR
KUCHING: Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Beliau turut mengulangi pendirian Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memberi kebebasan kepada pucuk pimpinan dalam memutuskan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan dalam pemilihan yang berlangsung Mei depan.
"Kita tunggulah usul serta cadangan daripada akar umbi sama ada jawatan itu akan dipertandingkan atau tidak kerana ini ialah parti yang bersifat demokratik.
"Saya tidak terlibat dalam keputusan tersebut kerana tugas saya hanyalah melaksanakan serta memastikan sistem pemilihan dan kongres berjalan lancar," kataTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu pada sidang media selepas mengadakan Ops Kita Gempur di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan PKR telah memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Wanita Pusat, dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat bagi sesi 2025-2028 akan diadakan pada 24 Mei ini.
Selain itu, pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.
Pada 1 Feb lepas, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin berkata cadangan untuk tidak mempertandingkan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu adalah berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang telah diadakan sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Fuziah Salleh
#proses pemilihan jawatan
#berjalan lancar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan