awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda PAS desak pimpinan tolak jawatan MB Selangor

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
19/09/2014
10:26 MYT
Pemuda PAS desak pimpinan tolak jawatan MB Selangor
Jika PAS mahu jawatan Menteri Besar Selangor, ia mesti memastikan memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata perwakilan Pemuda PAS. -Gambar fail
Perwakilan Pemuda PAS mendesak pucuk pimpinan parti membuat keputusan tegas menolak jawatan Menteri Besar Selangor.
Perkara tersebut dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzah ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, hari ini.
Katanya, jika PAS mahukan jawatan Menteri Besar Selangor, parti itu mesti memastikan memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Ini adalah pendirian Pemuda PAS, kita mahu PAS tolak jawatan Menteri Besar Selangor.
"Kalau PAS mahu jawatan menteri besar, kita mesti pastikan menang 20 kerusi Dun dalam PRU14, barulah kita minta kerusi menteri besar," katanya.
Ucapan Mohd Sany itu kemudiannya menimbulkan kekecohan apabila sebilangan kecil hadirin tidak berpuas hati dengan desakan yang dibuat.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan majlis mengangkat sumpah menteri besar baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.
Persoalan yang timbul apakah PAS akan menerima jawatan menteri besar jika Sultan Selangor memperkenankan Adun parti itu memegang jawatan tersebut.
Biarpun Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan partinya tetap menolak jawatan tersebut, tetapi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semua pihak perlu menerima keputusan Sultan Selangor.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Muktamar
#PAS
#pemuda
#PRU14
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan