awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia

Bernama
Bernama
10/11/2023
09:15 MYT
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
President MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Baharu MCA Johor di Pejabat Perhubungan MCA Johor hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata golongan itu adalah penting dalam membantu menggerakkan jentera parti sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.
"Saya akan memberikan kuota kepada MCA di setiap negeri untuk capai (tarik) penglibatan belia, contohnya seperti di Johor, kita beri (kuota) 4,000 belia. Kita mahu penglibatan belia lelaki dan wanita daripada segenap lapisan termasuk profesional dan graduan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat MCA Johor di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon.
Sementara itu, Ling ketika ditemui berkata jelajah itu yang bermula bulan depan ialah langkah penting bagi memperkuatkan parti.
Beliau berkata penerangan mengenai hala tuju baharu parti dan perancangan masa depan akan turut diadakan melibatkan MCA negeri sehingga peringkat akar umbi.
Terdahulu, pada sidang media itu Wee turut mengumumkan Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor yang turut dibarisi beliau sebagai Pengerusi, manakala Ling sebagai Timbalan Pengerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemuda dan Wanita MCA
#jelajah seluruh negara
#golongan belia
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan