awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penambahan satu kerusi DUN baharu kawasan Kalabakan perlu dipandang positif

Bernama
Bernama
25/09/2016
06:03 MYT
Penambahan satu kerusi DUN baharu kawasan Kalabakan perlu dipandang positif
HAMISA: Bila DUN sudah dikecilkan ia lebih memudahkan perhatian dan tumpuan.
Cadangan penambahan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu bagi Parlimen Kalabakan perlu dipandang secara positif, kata anggota DUN Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah berkata penambahan kerusi baharu DUN itu dilihat berupaya membantu wakil rakyat memberi fokus kepada kawasan masing-masing dengan lebih baik.
"Bila DUN sudah dikecilkan ia lebih memudahkan perhatian dan tumpuan walaupun sebenarnya kami tidak ada masalah dengan kawasan sedia ada kerana telah biasa turun ke semua lokasi, tetapi kami akur dengan keputusan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Kelab Usahawan An Nisa Cawangan Tawau 2 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini malam tadi.
Untuk rekod, ketika ini Parlimen Kalabakan mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Tanjong Batu, Sebatik dan Merotai, dan kini menjadi empat selepas kajian semula persempadanan kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi penambahan DUN Kukusan.
Ketika ditanya mengenai kewujudan parti baharu yang ingin mencabar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Hamisa optimis rakyat bijak menilai dan tahu menghargai jasa yang telah dilakukan BN.
"Kami sedia maklum bila dekat PRU ini, perkara seperti ini berlaku, tetapi kerajaan BN telah banyak membantu rakyat dan rakyat kena ucap terima kasih kepada kerajaan atas nikmat dan kemajuan yang kita kecapi ini," katanya.
Topic Berkaitan
#DUN
#Hamisa Samat
#Parlimen Kalabakan
#penambahan kerusi
#Tanjong Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan