awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: Mengapa tidak diumumkan lebih awal?

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2024
04:21 MYT
Pengampunan Najib: Mengapa tidak diumumkan lebih awal?
Hamzah berkata, keputusan tersebut hanya diberitahu selepas lima hari walaupun terdapat pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak telah tersebar. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyelar tindakan Kerajaan Madani yang terlewat memaklumkan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga media antarabangsa memperoleh berita itu terlebih dahulu.
Menurutnya, keputusan tersebut hanya diberitahu selepas lima hari walaupun terdapat pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak telah tersebar.
Beliau berkata, perkara penting tersebut di bawah kuasa kerajaan, namun media luar negara diberi keutamaan dalam mendapatkan maklumat itu.
“Persoalan lainnya jika Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan pada 29 Januari 2024 mengapa selepas lima hari baru pengumuman rasmi dibuat?
“Jika inilah keputusannya mengapa tidak diumumkan lebih awal?
"Terdapat pelbagai spekulasi telah tersebar kerana rakyat mahu tahu cerita sebenar, begitu juga ahli keluarga Najib dan ahli-ahli UMNO.
“Apakah media tempatan sudah menjadi kelas kedua bagi kerajaan Madani ini?” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Jumaat, Lembaga Pengampunan mengumumkan untuk membebaskan Najib lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.
Kenyataan yang dikeluarkan Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri itu turut memaklumkan, Lembaga Pengampunan turut mengurangkan denda yang perlu dibayar Najib iaitu hanya RM 50 juga berbanding RM210 juta sebelum ini.
Mengulas lanjut, menurut Hamzah, sebelum ini kepimpinan tertinggi UMNO mendesak agar Najib dibebaskan, namun situasi tersebut telah berubah.
Ujarnya, UMNO wajar mempersoalkan tindakan kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengampunan berkenaan keputusan tersebut.
“Persoalannya, dulu Presiden UMNO, Zahid bermati-matian mahu memperjuangkan pembebasan Najib, apakah UMNO berpuas hati dengan keputusan ini?
“Selaku salah seorang Ahli Lembaga Pengampunan juga anggota Kabinet Menteri, beliau mampu melakukan sesuatu yang lebih baik.
"Ahli UMNO perlu bertanyakan hal ini,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#pengampunan Najib
#lembaga pengampunan
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan