awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2024
07:03 MYT
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Dari kanan: Chin Tong, Anthony dan Nie Ching pada sidang akhbar selepas Konvensyen Biasa ​DAP Johor di Taman Ekoflora pad Ahad. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
Chin Tong berkata keputusan itu dibuat selepas 10 tahun dirinya mengetuai DAP Johor dan telah berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN).
"Sebagaimana yang telah saya umumkan, saya akan tetap bertanding untuk menduduki Jawatankuasa Negeri DAP Johor dalam pemilihan yang akan diadakan pada hari ini.
"Namun jika dipilih sekali lagi, saya akan mencalonkan Teo Nie Ching untuk jawatan Pengerusi DAP Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Biasa DAP Johor di Taman Ekoflora di sini, pada Ahad. Hadir sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha DAP Johor, Andrew Chen Kah Eng.
Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berharap cadangan melantik Nie Ching sebagai Pengerusi DAP Johor akam mendapat sokongan ahli.
"Perpaduan adalah kekuatan kita, dan perpaduan adalah kunci kemenangan.
"Saya yakin Nie Ching akan memimpin parti kita untuk membawanya kepada era yang lebih baik," katanya.
Dalam pada itu, Chin Tong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling menyatakan penghargaan kepada parti dan para perwakilan yang telah memberikan sokongan kepadanya sepanjang mengetuai DAP Johor.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua di sini, termasuk para pemimpin dan ahli, atas sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang satu dekad sebagai Pengerusi DAP Johor," katanya.
DAP Johor kini memiliki 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac 2022.
Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai merupakan Ketua Wanita DAP Kebangsaan dan Timbalan Menteri Komunikasi. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pengerusi DAP Johor
#Liew Chin Tong
#Teo Nie Ching
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan