awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengumuman wakil dari Sarawak, pelengkap Kabinet kerajaan Persekutuan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
09/03/2020
12:03 MYT
Pengumuman wakil dari Sarawak, pelengkap Kabinet kerajaan Persekutuan
Muhyiddin menyatakan pembentukan kabinet ini mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih gemilang. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan senarai lengkap barisan Menteri Kabinet yang baharu.
Menerusi ucapannya, Muhyiddin menyatakan pembentukan kabinet ini mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
Pastinya yang mencuri perhatian beberapa pemimpin dari Sarawak yang turut menyertai barisan kabinet ini. Antaranya pengumuman Ketua WHIP Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai salah seorang daripada empat menteri kanan dan memegang portfolio Menteri Kerja Raya.
Seterusnya Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri selaku Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Manakala tujuh pemimpin dari negeri Bumi Kenyalang turut disenarai sebagai Timbalan Menteri meliputi empat wakil dari GPS dan dua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020
Lima pemimpin dari GPS adalah Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah selaku Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II.
Manakala Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
Manakala dua pemimpin dari PKR adalah Willie Mongin yang merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo memegang portfolio Timbalan Perusahaan Perladangan dan Komoditi II dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Anak Biju sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Topic Berkaitan
#Ali Anak Biju
#Fadillah Yusof
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Kabinet Persekutuan
#Malaysia 2020
#Nancy Shukri
#Perdana Menteri
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Willie Mongin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan