awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki melecur, 27 kucing mati kebakaran rumah di Langkawi
Slogan “Hancur Israel” bergema di Himpunan Hari Al-Quds
Tarikh Aidilfitri: Sultan Selangor titah rakyat tidak mudah percaya spekulasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh parti - Amirudin

Bernama
Bernama
31/05/2025
05:50 MYT
Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh parti - Amirudin
Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik hasrat Tengku Zafrul untuk menyertai PKR. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya diterima mampu memperkukuh parti berkenaan, terutamanya di Selangor.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik hasrat Tengku Zafrul untuk menyertai PKR dan percaya penyertaannya akan memperkukuh parti, khususnya di Selangor, serta mempererat kerjasama sedia ada dalam bidang pelaburan dan industri.
  • Setakat ini, PKR belum menerima permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul, namun Amirudin yakin hubungan antara PKR dan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan terjejas.
  • Amirudin menolak spekulasi bahawa Tengku Zafrul akan menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, sambil berseloroh meminta doa agar kekal dalam jawatan semasa Zafrul menunaikan haji.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga yakin, beliau dan Tengku Zafrul merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dapat berkerjasama dengan lebih baik.
"Saya percaya kami boleh bekerjasama dengan erat, kebetulan saya memang bekerjasama erat dengan beliau hatta dalam pentadbiran sebelum ini sewaktu beliau Menteri Kewangan.
"Sekarang beliau Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri kita turut bekerjasama contoh dalam bidang aeroangkasa dan semikonduktor, kami mempunyai kolaborasi yang jitu, kalau beliau berada dalam satu parti saya percaya kerjasama ini akan lebih erat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 di sini Dewan Seri Siantan Selayang di sini hari ini.
Semalam, Tengku Zafrul menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh hari ini memaklumkan PKR belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan, setakat ini.
Menjelas lanjut, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menyatakan keyakinan bahawa hubungan parti itu dengan UMNO tidak akan terjejas kerana telah wujud persefahaman antara kedua-dua pihak.
Mengenai desas-desus bahawa penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR adalah bagi menggantikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin berkata: "Pada pendapat saya, terlalu panjang ceritanya, saya tak rasa ada jalan itu sebab nak kena buat pilihan raya kecil lagi".
"Kita hanya berbaki dua tahun setengah, jadi tidak banyak kita boleh aturkan, kita kena lihat lagi sebarang perkembangan terkini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak.
Amirudin sempat berseloroh meminta Tengku Zafrul yang akan menunaikan ibadah haji supaya mendoakan beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#UMNO
#PKR
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami