awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki melecur, 27 kucing mati kebakaran rumah di Langkawi
Slogan “Hancur Israel” bergema di Himpunan Hari Al-Quds
Tarikh Aidilfitri: Sultan Selangor titah rakyat tidak mudah percaya spekulasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung: UMNO terima apa saja usul untuk perkukuh parti - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
11/12/2022
15:44 MYT
Perhimpunan Agung: UMNO terima apa saja usul untuk perkukuh parti - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap sewaktu hadir ke Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) dan Anugerah Kecemerlangan MCWEA 2022 malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO akan menerima apa sahaja usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung yang akan datang selagi mana ia dapat memperkukuhkan parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata ini memandangkan keutamaan parti sekarang adalah untuk merapatkan saf dalam kalangan pemimpin dan parti setelah "terpukul dengan kuatnya" pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahu usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, agar dibawa ke Perhimpunan Agung akan datang.
Ditanya sama ada UMNO akan mempertimbangkan cadangan usul dikemukakan Jamal tersebut, Ahmad Zahid berkata "Tidak, kita akan mengkaji semua aspek sebab yang penting adalah bagi kita merapatkan saf kepimpinan," katanya selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia di sini malam ini.
Perhimpunan Agung UMNO yang asalnya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, ditangguhkan ke 11 hingga 14 Januari tahun depan.
Sementara itu, Ahmad Zahid mendakwa matlamat penubuhan Bersatu adalah untuk melenyapkan UMNO.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu harus menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat khususnya akar umbi parti bahawa tujuan halus mereka mesti ditolak oleh keseluruhan ahli UMNO.
Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata lebih banyak usaha dan inisiatif akan diwujudkan kerajaan bagi membantu usahawan muda termasuk golongan wanita dalam memperbanyak pinjaman untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).
Katanya walaupun kekangan ekonomi sedang melanda negara ketika ini, matlamat berkenaan tidak pernah dipinggirkan untuk memberikan peluang kepada anak muda bagi menceburkan diri dalam keusahawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO
#PAU
#Zahid Hamidi
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan