awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu lebih masa sebelum sertai mana-mana parti politik - KJ

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2023
15:15 MYT
Perlu lebih masa sebelum sertai mana-mana parti politik - KJ
Khairy juga menjelaskan beliau tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan hanya kerana enam PRN semakin hampir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Khairy Jamaluddin menjelaskan beliau memerlukan lebih banyak masa untuk mempertimbangkan tawaran menyertai mana-mana parti politik.
Mengulas mengenai tawaran dari Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy menjelaskan beliau akan memaklumkan keputusannya secara peribadi.
Bekas Menteri Kesihatan itu menjelaskan, sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik, beliau akan memilih dengan rela hati kerana ia mewakili pendiriannya.
"Ini keputusan yang agak susah saya untuk dibuat dan kalau saya nak beri jawapan pun saya akan bagi jawapan face to face dengan Tan Sri Muhyiddin, itu paling tertib.
"Kita mesti jumpa orang yang bari tawaran kepada kita dan maklumkan kepadanya secara peribadi. Saya belum lagi membuat keputusan.
"Bukan saya kata 'no' (tidak) kepada tawaran Muhyiddin, tapi saya nak jelaskan, bahawa ini satu keputusan yang sukar yang perlu dibuat," katanya dalam podcast Keluar Sekejap.
Khairy juga menjelaskan beliau tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan hanya kerana enam pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir.
"Apabila kita ada peluang kedua untuk pilih parti politik, saya tidak ambil keputusan ini dengan ringan. Saya tak mahu buat keputusan hanya kerana PRN semakin hampir.
"Saya mahu pilih dengan rela hati sebab parti itu mewakili nilai saya dan pendirian politik saya," katanya lagi.
Januari lalu, Khairy dipecat dari UMNO dan selepas disingkirkan dari parti tersebut beliau memaklumkan untuk berehat dari politik namun tidak menyatakan tempoh.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Keluar Sekejap
#UMNO
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan