awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan sertai Barisan Nasional: Parti Bangsa Malaysia terima apa sahaja keputusan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/08/2022
06:52 MYT
Permohonan sertai Barisan Nasional: Parti Bangsa Malaysia terima apa sahaja keputusan
Datuk Zuraida Kamaruddin (tengah) berkata, Parti Bangsa Malaysia boleh mengharungi apa sahaja kemungkinan. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menerima apa sahaja keputusan berhubung permohonan mereka untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Permohonan itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin.
Presiden Penaja PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin, keputusan mengenainya hanya akan diketahui selepas mesyuarat itu.
“Saya dah menyebut bahawa kita sudah buat permohonan dan dikhabarkan BN akan mesyuarat hari Isnin ini… jadi selepas itu kita baru tahu apa beritanya.
“Kita bangsa Malaysia, Parti Bangsa Malaysia, kita mempunyai semangat yang tinggi kerana saya lihat daripada pengalaman kita, kita boleh mengharungi apa saja kemungkinan, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pejabat PBM Perak di sini, pada Sabtu.
Pada Selasa, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, keputusan permohonan PBM untuk menyertai BN akan dibincangkan terlebih dulu dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan minggu hadapan.
Menurut Mohamad, keputusan mengenai hasrat PBM itu akan dibuat oleh kepimpinan BN secara konsensus.
Topic Berkaitan
#Parti Bangsa Malaysia
#Barisan Nasional
#Zuraida Kamaruddin
#Dewan Tertinggi Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan