awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH Sabah sepakat sokong kepimpinan Shafie Apdal

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
06/08/2020
02:53 MYT
PH Sabah sepakat sokong kepimpinan Shafie Apdal
CHRISTINA: Kami telah bersetuju untuk bekerjasama dan yakin akan memenangkan pilihan raya di bawah kepimpinan Ketua Menteri sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. -Gambar fail
Pakatan Harapan (PH) Sabah sebulat suara untuk bekerjasama dan komited menyokong kepimpinan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew berkata pihaknya telah sepakat untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Mohd Shafie untuk menerajui pemerintahan seterusnya sekiranya menang pada Pilihan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
"Kami telah bersetuju untuk bekerjasama dan yakin akan memenangkan pilihan raya di bawah kepimpinan Ketua Menteri sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Kami mengulangi sokongan kami yang tidak berbelah bagi untuk Mohd Shafie membentuk dan menerajui pemerintah seterusnya," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri itu berkata demikian dalam satu kenyataan medianya selepas mempengerusikan perjumpaan dengan pemimpin parti komponen PH di ibu pejabat DAP Sabah, pada malam Rabu.
Hadir sama adalah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming dan Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu.
Topic Berkaitan
#Christina Liew
#Frankie Poon Ming
#Lahirul Latigu
#Pakatan Harapan
#Parti Warisan Sabah
#Pengerusi PH Sabah
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan