awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan perlembagaan: UMNO belum peroleh keputusan RoS - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
15/07/2022
12:10 MYT
Pindaan perlembagaan: UMNO belum peroleh keputusan RoS - Ahmad Maslan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum memberi keputusan terhadap permohonan pindaan Perlembagaan UMNO, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum memberi keputusan terhadap permohonan pindaan Perlembagaan UMNO, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bagaimanapun, beliau positif RoS akan meluluskan permohonan pindaan perlembagaan parti itu, yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO Khas pada 15 Mei lepas.
"Saya kira adalah hak mereka untuk ambil sedikit masa lagi. Sukacita ingin dinyatakan bahawa segala prosedur telah diikuti dan saya menanti dengan fikiran positif bahawa kelulusan akan diperolehi," katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.
RoS dalam kenyataan ringkas kepada Bernama pada 7 Julai lepas memaklumkan keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya esok (16 Julai).
UMNO meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum, untuk memberi ruang kepada ahli fokus kepada gerak kerja pilihan raya.
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#pindaan perlembagaan
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#ros
#Ahmad Maslan
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan