awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR dan DAP terlebih dahulu jumpa Ku Li - Hadi

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2014
10:09 MYT
PKR dan DAP terlebih dahulu jumpa Ku Li - Hadi
Abdul Hadi (gambar) mendedahkan, PKR merupakan parti pertama yang bertemu Ku Li dan mengajak bekas presiden Parti Semangat 46 itu menyertai mereka.
PAS bukan parti pertama dalam Pakatan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi mendedahkan, PKR merupakan parti pertama yang bertemu Ku Li dan mengajak bekas presiden Parti Semangat 46 itu menyertai mereka.
Katanya, PAS mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Kewangan itu selepas PKR dan DAP meminta PAS memujuk veteran UMNO itu menyertai Pakatan Rakyat.
“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini.
"Pah tu (kemudian) rakan-rakan kita mari berjumpa, suruh PAS pujuk supaya dia ni masuk Pakatan Rakyat, suruh PAS pujuk supaya Tengku Razaleigh masuk PAS.
"Kita pun pujuklah dia masuk PAS, dia tak nak masuk PAS jugak, dia nak duduk dalam Barisan Nasional.
"Itulah ceritanya, yang berlakunya. Orang lain pujuk dulu, bukan kita," katanya dalam sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, pada Jumaat.
Sebelum ini, dalam satu forum di Kuala Lumpur, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan cadangan PAS mahu melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Bagainamapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider menyifatkan Rafizi sebagai bodoh kerana tuduhan tersebut.
Video sesi dialog tersebut ada di sini.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan