awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR tekad angkat ketuanan rakyat dalam manifesto PRU14 - Wan Azizah

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
21/05/2017
02:53 MYT
PKR tekad angkat ketuanan rakyat dalam manifesto PRU14 - Wan Azizah
Dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung di sini hari ini, Wan Azizah berkata PKR berikrar untuk mengangkat ketuanan rakyat dalam manifesto PRU ke-14 nanti. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggariskan rancangan dan inisiatif parti itu bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung di sini hari ini, Wan Azizah berkata PKR berikrar untuk mengangkat ketuanan rakyat dalam manifesto PRU ke-14 nanti.
Selain daripada memberi tumpuan kepada golongan dari Felda dan anak muda, beliau berkata partinya juga mengambil maklum isu gaji pekerja yang tidak setara kos sara hidup serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
"Kami juga sedia maklum impian dan harapan warga Sabah dan Sarawak.
"Menyedari hakikat ini, kami mengangkat tawaran 'Serba Adil, Melangkaui Autonomi' iaitu pentadbiran autonomi berasaskan Agenda Reformasi," kata Dr Wan Azizah.
Beliau turut mengarahkan pimpinan negeri untuk melaksanakan 'Kempen 300' iaitu menjalankan 300 ceramah, dialog, aktiviti komuniti di negeri masing-masing.
"Program in harus dilaksanakan dalam masa tiga bulan akan datang dan menunjukkan hasil.
"Ini bagi menerangkan agenda Pakatan Harapan menjelang PRU ke-14" kata Dr Wan Azizah.
Selepas ucapan dasar, sesi perbahasan bagi perwakilan bersambung sebelum sesi penggulungan oleh pemimpin.
Topic Berkaitan
#Manifesto
#Parti Keadilan Rakyat
#pilihan raya
#PKR
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan