awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN anjur konvensyen sambut ulang tahun ke-2, Sabtu ini

Bernama
Bernama
25/08/2022
13:02 MYT
PN anjur konvensyen sambut ulang tahun ke-2, Sabtu ini
Hamzah memaklumkan, konvensyen itu antara lain akan membincangkan isu semasa berkaitan masalah rakyat pasca pandemik, menggariskan landasan utama PN dalam menghadapi PRU15, dan menetapkan dasar serta hala tuju parti. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Konvensyen Perikatan Nasional (PN) akan diadakan buat pertama kali bersekali dengan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-2 PN, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor pada Sabtu ini.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, Konvensyen PN 2022 antara lain akan membincangkan isu semasa berkaitan masalah rakyat pasca pandemik, menggariskan landasan utama PN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dan menetapkan dasar serta hala tuju parti.
Beliau berkata konvensyen itu juga bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat, bahawa PN adalah parti yang mempunyai tawaran yang harmoni, relevan dan segar, sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia.
"PN percaya bahawa Konvensyen PN 2022, mampu menjadi wadah untuk memperbaharui tekad perjuangan khidmat bakti parti kepada rakyat, serta memperkukuhkan kerjasama parti-parti anggota PN secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya konvensyen itu akan dirasmikan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri semua presiden parti komponen PN, pimpinan dan perwakilan PN yang dijangka 1,800 orang, termasuk semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri PN seluruh negara.
Selain itu, Hamzah berkata Anugerah Prihatin Perikatan Nasional, akan disampaikan pada konvensyen itu kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan keprihatinan, pengorbanan serta sumbangan luar biasa kepada negara dan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Konvensyen PN
#Perikatan Nasional
#ulang tahun
#Maeps
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan