awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2023
04:26 MYT
PN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor
Sekiranya sasaran itu dicapai, gabungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membentuk kerajaan baharu di negeri ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM : Perikatan Nasional (PN) menyasarkan memenangi 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada tahun ini.
Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sekiranya sasaran itu dicapai, gabungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membentuk kerajaan baharu di negeri ini.
Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kepada sokongan pengundi terutama kaum Melayu kepada PN semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
"Malah, UMNO sendiri tiada kerusi Parlimen di Selangor (pada PRU15), jadi apabila kita sebut tentang pengundi Melayu di negeri ini, maka di situlah kekuatan kita (PN)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Roslan Shahir berkata, semasa PRU15 lalu, PN berjaya memenangi enam kerusi Parlimen termasuk di kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.
"Tidak mustahil kita mampu memberi tentangan dan saingan sengit kepada PH kerana sasaran kita menang di 33 kerusi DUN yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.
"Saya mengambil contoh, Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menang di kerusi Parlimen Kuala Langat yang pengundi Melayu di situ sekitar 58.32 peratus sahaja," ujar beliau.
Sehubungan itu, kata beliau, jika kecemerlangan dan sokongan itu diterjemah dalam PRN Selangor, beliau yakin kerajaan negeri di bawah pentadbiran PH mampu ditewaskan di negeri ini.
"Kita tengok sentimen di bawah sehingga hari ini masih konsisten dan sokongan pengundi Melayu tidak akan berubah," tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#PRN Selangor
#Roslan Shahir Mohd Shahir
#sasaran PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan