awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2023
04:09 MYT
Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
anopi yang disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu. - Sinar Harian
KOTA KINABALU: Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan istana bagi mendapatkan perkembangan semasa situasi politik di negeri ini.
Pengamal media Sabah telah mula berkampung di pintu istana sejak Sabtu dalam keadaan berhujan dan berpanas bagi mendapatkan sebarang perkembangan atau pergerakan keluar dan masuk ketua parti-parti politik di Sabah berikutan pergolakan politik yang sekali lagi melanda negeri ini.
Pergolakan berlaku selepas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah menarik semula sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Sehubungan itu, mengambil perhatian situasi yang dihadapi, pihak istana telah menyediakan dua kanopi dan beberapa kerusi untuk pengamal media berlindung daripada keadaan cuaca panas dan hujan sepanjang melakukan liputan di lokasi.
Selain itu, pihak istana juga turut menyediakan makanan dan minuman kepada media yang membuat liputan yang disampaikan oleh Setiausaha Perhubungan Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir pada Sabtu.
Sebelum itu, Hajiji pada petang Sabtu dilihat masuk ke istana untuk bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan pertemuan itu berlangsung hampir satu jam sebelum beliau dilihat keluar pada jam 5.13 petang.
Hajiji ketika keluar dari istana dilihat hanya memberi lambaian kepada pengamal media yang membuat liputan di hadapan pintu istana berkenaan.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, difahamkan satu perjumpaan khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan diadakan pada Ahad.
Perjumpaan itu dijangka berlangsung di sebuah hotel di sini pada jam 12 tengah hari.
Difahamkan juga, satu sidang akhbar dijangka diadakan oleh Hamzah selepas pertemuan dengan Bersatu Sabah. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Politik Sabah
#Istana Seri Kinabalu
#Hajiji Noor
#Bung Moktar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan