awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPBM lahir hasil sokongan DAP - Annuar Musa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/03/2017
14:23 MYT
PPBM lahir hasil sokongan DAP - Annuar Musa
Annuar berkata Pembentukan gabungan rasmi itu adalah suatu perkara yang sudah dijangka berikutan PPBM tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak sendiri. - Foto BERNAMA
Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bersetuju membentuk gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH) jelas membuktikan bahawa parti diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad itu lahir hasil daripada sokongan DAP.
Malah, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pembentukan gabungan rasmi itu adalah suatu perkara yang sudah dijangka berikutan PPBM tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak sendiri.
"Sebenarnya sejak hari pertama PPBM dilahirkan, ia adalah parti yang dilahirkan oleh DAP dan diberi semangat oleh DAP.
"Sebelum parti ini lahir mereka telah berkongsi pentas dengan DAP. Jadi tidak boleh dinafikan PPBM. Ia tidak lahir lagi, kelahirannya itu (berteraskan) golongan DAP. Kalau hari ini baru hendak isytihar dia berpakat dengan DAP, ia sudah dijangka kerana kalau berdiri sendiri, PPBM tidak mempunyai kekuatan," katanya selepas berucap pada Persidangan UMNO Cawangan seluruh Kedah, di sini, hari ini.
Tun Mahathir sebelum ini menyatakan pendirian PPBM yang bersetuju membentuk gabungan rasmi dengan PH sekali gus bakal menyertai pilihan raya umum akan datang di bawah satu logo dan manifesto serta meletakkan seorang calon bagi setiap kerusi yang diputuskan.
Pada masa sama, Annuar berkata, pihaknya berharap UMNO melihat konteks 'ancaman' daripada gabungan PPBM-PH itu untuk membina antibodi politik parti supaya bertambah kuat dalam berdepan musuh.
"Bila kita dicabar kita ambil secara positif, jangan kita kata PPBM bukan ancaman kita. Dalam parti, kita tidak pernah memandang remeh pada sesiapa sahaja kerana walaupun seekor nyamuk mungkin kita tidak boleh tidur satu malam.
"Cuma jangan kerana nyamuk, kelambu hendak dibakar. Jadi pada saya kita gunakan ancaman mereka untuk membina antibodi UMNO," katanya.
Topic Berkaitan
#DAP
#Pakatan Harapan
#PPBM
#Tan Sri Annuar Musa
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan