awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPBM mahu jalin 'pakatan pilihan raya' dengan Pas - Mukhriz

Bernama
Bernama
23/02/2017
09:42 MYT
PPBM mahu jalin 'pakatan pilihan raya' dengan Pas - Mukhriz
MUKHRIZ: PPBM mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU14 akan datang. - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu "pakatan pilihan raya".
"Mahu tak mahu kami (PPBM) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan PAS walaupun dalam bentuk "electoral pact' (pakatan pilihan raya)", katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
BACA: Mukhriz: PAS-PPBM sepakat tumpu strategi tawan kerusi luar bandar
BACA: Apa pendirian Mukhriz bila Tun M tolak kerjasama dengan Pas?
Mukhriz berada di sini bagi menghadiri program pemukiman PPBM selama empat hari bermula Isnin lepas yang turut dihadiri semua pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#Dr Mahathir Mohamad
#HADI AWANG
#Husam Musa
#Pakatan Harapan
#PAS
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan