awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Sidang DUN Perak diteruskan pada tarikh ditetapkan - Saarani

Bernama
Bernama
08/03/2025
07:30 MYT
PRK Ayer Kuning: Sidang DUN Perak diteruskan pada tarikh ditetapkan - Saarani
Saarani berkata perjalanan PRK itu tidak akan menjejaskan persidangan DUN kerana jentera Kerajaan Perpaduan akan membantu dalam kempen pilihan raya. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Kerajaan Perak tidak bercadang meminda tarikh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 22 April, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perjalanan PRK itu tidak akan menjejaskan persidangan DUN kerana jentera Kerajaan Perpaduan akan membantu dalam kempen pilihan raya.
"Saya rasa ia tidak mengganggu walaupun dalam tempoh sidang DUN kita berada dalam 'mood' berkempen. Ini kerana gerak kerja PRK akan dibantu oleh jentera-jentera parti Kerajaan Perpaduan," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Perak 2024 di Laman Seri Ridzuan, di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun, mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRK DUN N48 Ayer Kuning ditetapkan pada 12 April, pengundian awal pada 22 April, manakala hari pengundian pada 26 April.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tapah. Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.
Sementara itu, Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, turut menyarankan pengundi membuat pilihan bijak dengan menyokong calon Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Menurutnya, pembangunan di DUN Ayer Kuning telah dilaksanakan secara berterusan sejak era Allahyarham Datuk Azman Mahalan (1986-2004), diikuti Datuk Samsudin Abu Hassan (2004-2022), dan kemudiannya Allahyarham Ishsam Shahruddin.
"Adalah pelik jika pengundi memilih untuk menjadi pembangkang di kawasan yang dikuasai kerajaan. Apa jua keputusan PRK ini tidak akan mengubah kedudukan Kerajaan Perpaduan di Perak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#PRK Sidang DUN Perak
#Saarani Mohamad
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan