awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kangsar: Proses pengundian lancar, hampir 60 peratus keluar mengundi

Bernama
Bernama
18/06/2016
07:19 MYT
PRK Kuala Kangsar: Proses pengundian lancar, hampir 60 peratus keluar mengundi
Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.
Proses pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berjalan lancar dengan 59 peratus atau 19,253 daripada 32,632 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK itu adalah 75 peratus.
Katanya aliran mereka yang keluar mengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilaporkan agak perlahan, antaranya di PDM Bendang Kering, PDM Ulu Kenas, PDM Seberang Manong dan PDM Ketior.
Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.
Semua 23 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi akan ditutup 5 petang ini.
PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor hari ini berikutan kematian angggota Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Topic Berkaitan
#cuaca terik
#Mohd Hashim Abdullah
#PRK Kuala Kangsar
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan